Home Bahasa “Anak yang baik, isteri yang baik” – Gelagat Pengantin Perempuan ‘Merengek’ Nak...

“Anak yang baik, isteri yang baik” – Gelagat Pengantin Perempuan ‘Merengek’ Nak Ikut Ayah Balik Curi Tumpuan Netizen

Disebalik kemeriahan sambutan hari perkahwinan berlangsung pasti akan ada sentimen-sentimen sedih pada individu yang bakal melangkah ke alam baru, terutamanya pengantin wanita.

Manakan tidak, kena mulakan hidup baru dan terlepas daripada tanggungan ibu bapa. Lebih-lebih lagi kalau yang jenis  tak boleh lekang daripada mak ayahnya macam adik kepada Hazril Adam ni.

 

26 tahun tak pernah berpisah dengan mak & ayah

Terhibur melihat gelagat si abang ‘menyakat’ adiknya yang menangis sambil peluk ayahnya sebab nak ikut balik. Rasa sebak pun ada, ya lah anak manja kot.

“Bila kau 26 tahun tak pernah keluar rumah tanpa mak & abah. lepas kahwin, tahu lah nasib kau. “

“Kena la tinggal dengan family lelaki. nasib tak tercabut je baju pengantin tu kalau adik buat gila nak ikut kami balik”

Si abang pun suka menyakat adiknya tu, menangis sampai teresak-esak, ya lah 26 tahun duduk bawah ketiak mak ayah tiba-tiba kena ikut suami. Mesti lah kekok sikit kan?

Rata-rata netizen terhibur dan ada juga yang sebak. Bahkan ada yang memuji dengan sikap anak ini, mereka dapat gambarkan bahawa si pengantin ini seorang anak yang baik.

 

Lambang kasih sayang – Netizen

Sumber ; Facebook

     

Sambil-sambil gelak tengok kerenah si pengantin ni, terpalit pula rasa sebak 

 

The Premium Thai Restaurant

The Premium Thai Restaurant

- Advertisment -

Must Read