Home Bahasa Babe Hacks | 3 Langkah Mudah Dan Murah Untuk Spa Tangan Di...

Babe Hacks | 3 Langkah Mudah Dan Murah Untuk Spa Tangan Di Rumah

kilatkan kuku, cara cantikkan kuku, penjagaan kuku

Cuba bagi tau sis Katy siapa je yang dekat dunia ni yang tak suka pergi spa? Sis rasa semua ladiessuka luangkan masa di spa. Tempat yang best untuk relaxing. Tapi selalunya ada dua masalah, satu bila kita sentiasa sibuk dan takde masa untuk ke spa. Kedua, bila bajet bulanan kita lari sebab ke spa.

Tapi korang jangan risau sis Katy akan share dengan korang 3 DIY spa tangan yang murah dan mudah buat dekat rumah je!

Langkah 1 – Menguatkan kuku

kuatkan kuku, mengilatkan kuku, kuku sihat, cara penjagaan kuku

Okay girls, kuku ni walaupun dia kecil tapi sangat penting tau. Kuku yang sihat adalah kuku yang kuat. Dan jadi satu kepuasan pada diri sendiri bila tengok kuku cantik dan terjaga. Gituuu!

Sambil tu korang dapat chill-chill dan kilatkan kuku secara semula jadi! Cara nak guna dan bancuh bahan, korang tengok je video kat bawah nanti.

diy spa tangan, lemon, perahan lemon

Korang hanya perlukan 4 bahan dari dapur je untuk kuatkan kuku korang :

  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1/2 lemon
  • 1 telur kuning
  • 1 cawan susu

Langkah 2 – Skrub tangan

skrub tangan, hand scrub, brown sugar, cara penjagaan kuku

Korang ingat skrub muka je penting? Tidaaak okay. Skrub tangan pun penting untuk buang segala kulit mati tau. Kulit mati ni lah yang buat kulit tangan korang nampak merekah dan kering.

Nak buat skrub tangan DIY ni tak susah pun sebenarnya. Daaan yang paling penting, skrub ni korang boleh simpan lama dan pakai banyak kali.

bahan-bahan, skrub tangan, diy, penjagaan kuku

Bahan skrub tangan :

  • 10 sudu besar gula perang
  • 9 sudu besar minyak zaitun
  • 5 titik essential oil pilihan

Langkah 3 – Mask tangan

mask tangan, penjagaan tangan, penjagaan kuku, spa tangan

Nak jaga kulit tangan ibarat jaga kulit muka kita sebenarnya. Kulit muka pakai mask, kulit tangan pun pakai mask. Kulit tangan perlu cukup hidrasi. Dah pakai mask tangan tu jangan lupa minum air yang cukup untuk elak dari kulit kering tau girlsss.

Bahan untuk buat mask pun tak susah. Sis Katy jamin semua bahan ni senang je nak cari dan tak mahal. Cara nak bancuh dan pakai pun senang je, check out video kat bawah.

hand sanitizer, madu, lotion tangan, mask tangan

Bahan untuk mask tangan :

  • 1 pasang sarung tangan
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar lotion
  • 2 sudu besar hand sanitizer 

Lepas ni jimat lah duit dan masa korang bila buat spa tangan kat rumah je. Tak perlu untuk keluar rumah dan takde la lari bajet bulanan korang. Check out video tutorial penuh untuk tahu lebih details macam mana nak buat DIY spa tangan.

Jangan lupa untuk follow dan like Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan mekap, fesyen dan lifestyle terkini berkaitan dengan wanita.

 

The Premium Thai Restaurant

The Premium Thai Restaurant

- Advertisment -

Must Read