Home Bahasa Disebabkan Paras Rupa Seakan Neelofa, Model Ini Dilabel ‘Try Hard’ Oleh Peminatnya

Disebabkan Paras Rupa Seakan Neelofa, Model Ini Dilabel ‘Try Hard’ Oleh Peminatnya

Muka tak lawa kena troll, kalau cantik pula kena kecam. Itulah lumrah bila jadi perhatian netizen di media sosial, ada je yang tak kena.Tak pasal-pasal model ini dikutuk hanya kerana dia dianugerahkan  paras rupa yang seakan-akan Neelofa. Alahai! Dah memang dia dilahirkan macam tu, bukannya dia bedah plastik nak muka sama pun.

 

Nor Shazleen, model & pakar kecantikan persis Neelofa

Kalau diperhatikan, memang ada mirip-mirip Neelofa tapi bukannya sebiji pun. Ada lah sedikit perbezaannya. Mungkin ada kedudukan tahi lalat di muka, teknik solekan dan bentuk wajah yang persis dengan Neelofa.

Nor Shazleen, seorang pakar kecantikan dan model ini dicemburui para peminatnya sampai ada yang anggap bahawa Shazleen ini try hard nak ikut gayanya.

 

Kalau melayu memang kejenya nak dengki je kan? – Netizen

Sumber : Twitter

 

Memang betul apa yang dikatakan Nur Amni Insyirah ni, ada je yang nak iri hati dengan kecantikan orang.

“Kalau melayu memang kejenya nak dengki je kan?. Fans  memang die hard fans.Aku pun ngeri tengok.Tapi model ni memang macam lopa!”

“Setidaknya dia menyumbang kepada sale  hahaha.Kau sumbang apa? Hahahaha siap warning jangan tiru fashion lofa kalau dah femesKau dah kenapa weh? lantak dia leee!”

Haihh! Kalau minat sekalipun tak payah taksub sangat, silap-silap Neelofa pun tak kisah, korang pula yang lebih-lebih.

Tapi, bila admin tengok dia kat Instagram, sekali imbas memang ada macam Neelofa, nah admin payung sikit gambar-gambar dia ni. Siap ada selfie dengan Neelofa lagi.

Shazleen vs Neelofa

Sumber : Instagram

#kembarlofa

    

The Premium Thai Restaurant

The Premium Thai Restaurant

Subscribe To Receive Our Newsletter

Your e-mail address is only used to send you our newsletter and information about the activities of ©️viralevo.com. You can always use the unsubscribe link included in the newsletter.

- Advertisment -

Must Read