Home Bahasa Gara-Gara Terlalu Bosan, Nenek 83 Tahun Ini Sanggup Ke KLCC Naik LRT

Gara-Gara Terlalu Bosan, Nenek 83 Tahun Ini Sanggup Ke KLCC Naik LRT

Kebiasaannya jika kita bosan di rumah dan tak tahu nak buat apa, mesti kita akan keluar berjalan-jalan hirup udara segar atau pergi ke mall untuk membeli-belah. Itulah yang terjadi pada seorang wanita berusia 83 tahun yang sanggup menaiki LRT ke KLCC semata-mata untuk melepaskan rasa bosan bersendirian di rumah.

Kisah ini dikongsikan seorang pengguna Facebook, Dzuriasikim Dzulkefli apabila dia terjumpa wanita ini semasa mereka sekeluarga sedang bersiar-siar di KLCC.  Pakaian yang dipakai oleh wanita ini amat rare dan menarik perhatiannya.

‘Nenek puas duduk rumah’

Malam tadi ketika saya berjalan-jalan bersama adik dan keluarga di KLCC, saya terjumpa dengan aunty ini. Wanita ini bahasakan diri dia nenek. Katanya dia adalah keturunan Baba Nyonya. Datang ke KLCC seorang diri kerana nak berjalan.

‘Nenek puas duduk rumah. Nenek naik LRT. Ini nenek pakai baju biasa je. Baju orang pakai kat rumah. Baju tak cantik’. Sukanya saya tengok nenek ni. Entah kenapa terasa sayang pula. Tak tahu dari mana datang rasa sayang tu. Usianya sudah 83 tahun katanya. Pastinya beliau seorang yang sangat jelita di waktu mudanya.

Yang paling saya suka, dia sangat bersih. Bajunya bersih dan tak berbau apa lagi berpeluh. Rambutnya bersih dan bersisir rapi. Walaupun bukan orang Melayu. Dia begitu baik dan tak kekok untuk berbual.

Saya temankan dia sebentar. Kata aunty ini, suaminya telah meninggal sewaktu dia berusia 20-an lagi. Tak lama selepas itu saya minta diri untuk pergi. Saya berikan sedikit wang kerana bimbang jika dia tak punya wang yang cukup untuk tambang pulang. Ianya sudah tentulah bukan sedekah. Namun lebih kepada ihsan dan kasih sayang sesama manusia.

Wajib buat baik pada ibu

Kata aunty ini ‘Adik bagi banyak sangat ni. Adik, nenek harap nanti bila adik sudah tua macam nenek, anak-anak semua sudah besar, anak adik nanti mesti mahu jaga adik baik-baik. Mahu sayang adik’.

Ya Allah, ada sebab kenapa aunty ini berkata begitu. Namun tak dapat saya kongsikan bagi menjaga sensitiviti. Kemudian aunty tanya saya, ‘Adik, suami mana?’ Saya beritahu saya tak ada suami sambil tersenyum dan saya pegang tangannya.

Lalu aunty ini berkata lagi, ‘Sekarang ni dah teruk. Ada isteri ada boyfriend lain. Tak jaga suami. Ada suami, ada perempuan lain. Tak jaga isteri. Masa muda semua tak ingat tua. Nanti bila dah tua baru mereka ingat apa mereka buat. Adik tak kahwin pun tak apa dik’.

Dan saya senyum sambil angguk-angguk kepala. Rasanya saya faham apa maksud aunty ni. Kepada mereka yang masih punya ibu, jaga dan kasihilah ibu kita. Tak kiralah jika ibu kita seorang yang bukan Islam sekalipun, berlainan bangsa dan agama, kita wajib berbuat baik kepada ibu. Sayang ibu tiada tolok bandingannya. Rugilah anak-anak yang tidak kasihkan ibu mereka.

Sumber: Dzuriasikim Dzulkefli

- Advertisment -

Must Read