Home Bahasa “Gelinya Sampai Dah Berkulat” – 4 Sebab Kenapa Korang Kena Basuh Berus...

“Gelinya Sampai Dah Berkulat” – 4 Sebab Kenapa Korang Kena Basuh Berus Makeup

Siapa kat sini yang rasa cuci berus makeup tu tak penting? Ataupun dia tak pasti berapa banyak kali dia kena cuci berus makeup? Tahu tak, kalau korang tak cuci macam-macam boleh jadi dekat muka korang tu!

Berapa kali nak kena cuci berus pulak makeup bergantung kepada berapa kerap penggunaan korang. Contohnya, berus concealer dan foundation korang kena basuh seminggu sekali. Apapun, ni 4 sebab betapa pentingnya basuh berus makeup korang.

1. Menghindar dari Miss Jer

Pernah tak rasa stress bila korang dah apply produk ikut steps, tapi masih lagi timbul Miss Jerawat yang tak diundang? Korang kena tahu, berus mekap yang dah lama tak dibasuh adalah salah satu punca Miss Jer ni timbul.

Untuk foundation dan concealer brush ni korang kena basuh sekurangnya sekali seminggu. Sebab foundation brush dan concealer brush ni bakteria dan kuman cepat membiak bila lembap tau guys. Jadii jangan lupa kena selalu basuh foundation dan concealer brush.

2. Say no kepada kuman dan bakteria

Korang tahu tak kalau jarang basuh berus makeup, kuman dan bakteria boleh membiak kat berus tu. Bakteria dan kuman yang membiak tu akan sebabkan berus korang berkulat.

Korang jangan ingat beauty blender je yang boleh berkulat macam tompok hitam tu tau. Berus pun boleh. Gelikan bila berus berkulat? Macam mana nak tahu berus tu berkulat? Korang kena periksa untuk tompok hitam yang tak hilang bila korang cuba basuh.

3. Jangka hayat berus akan tahan lama

Bila korang selalu basuh berus Katy yakin kuman dan bakteria pun tak berani nak dekat dengan berus korang tu. Korang mesti nak pakai berus tu lama dan taknak kulit korang breakout.

Jadiii rajin lah basuh berus mekap tu, daaan pastikan cara korang basuh tu dengan betul tau. Cara basuh tak betul pun akan buat berus korang cepat rosak. Nampak leceh, tapi jagalah berus seperti menjaga anak sendiri. Cewah!

4. Mengekalkan bulu yang lembut

Korang tahu tak dengan cara basuh dan sabun yang betul dapat kekalkan kelembutan bulu berus makeup. Kalau boleh elakkan guna sabun badan untuk basuh berus makeup. Katy cadangkan guna shampoo rambut untuk basuh berus makeup korang. Bulu berus tu kan macam rambut, so kena jaga macam jaga rambut kita lah. Hehe!

Katy harap lepas ni korang lagi rajin basuh berus makeup korang tau. Sebab Katy nak kita semua cantik sama-sama. Nak cantik bukan senang tau! Jadi tukar rutin korang kepada yang lebih healthy okay!

Jangan lupa follow dan like Facebook Kini Trendy dan Instagram @kinitrendy untuk tahu perkembangan fashionmakeup dan lifestyle wanita yang terkini.

 

 

The Premium Thai Restaurant

The Premium Thai Restaurant

- Advertisment -

Must Read