Home Bahasa Hati-hati! Bukan Nak Curi Kereta Je, Rupanya Nak Culik Orang Sekali

Hati-hati! Bukan Nak Curi Kereta Je, Rupanya Nak Culik Orang Sekali

 

Berlaku di tempat parking mall

Gempar! Di Twitter seorang netizen berkongsi cerita tentang kejadian yang berlaku dekat kawan dia masa dekat tempat parking Aeon Shah Alam Seksyen 13. Menurut netizen tersebut, Kawan dia keluar bersama boyfriend dan waktu ni mereka baru balik dari makan.


Sumber: Twitter

Disangka nak jaga member tengah buat ‘projek’

Mula-mula this girl perasan ada kereta Myvi putih dekat sekitar tempat dia parkkereta. Then Myvi putih tu parking dekat sebelah kereta dia dan ada seorang lelaki india berdiri dekat belakang kereta tu sambil tangan dia masuk dalam poket baju. Dia mula rasa tak sedap hati  dan nampak lelaki yang berdiri kat belakang kereta tu bagi signal kat kawan dia suruh keluar. Disangka nak jaga member dia tengah buat ‘projek’, rupa-rupanya…


Sumber: Twitter

Tak sempat kunci pintu

Ha, sesudah je perempuan tu masuk kereta  dan belum sempat boyfriend dia nak kunci pintu kereta, lelaki tadi dah terus tarik pintu. Kemudian ditariknya kepala perempuan tadi dan hentak dekat handbrake nak bagi pengsan. Ya Allah, takutnya! Nasib baik perempuan tu keep jerit supaya orang yang ada dekat sekitar kawasan parking tu dengar tapi ditumbuk dekat telinga bertubi-tubi pula untuk buat perempuan ni diam.


Sumber: Twitter

Nasib baik boyfriend dia cepat-cepat keluar dari kereta dan ada orang lain yang lalu dekat kawasan tu. Tindakan perempuan tu sepak lelaki jahat tu admin setuju sangat!

Menurut mangsa tu tadi, lepas  plan penjahat tu dah gagal boleh plak nak langgar orang. Teruk betul! But apapun Alhamdulillah mereka selamat! Itu yang penting, syukur…


Sumber: Twitter


Sumber: Twitter

Menurut mangsa tu, polis bagitahu penjahat tu bukan nak curi kereta je, mungkin mereka nak culik dan jadikan tebusan. Nampak tak bertapa bahaya sekarang, kalau nak curi kereta tu boleh faham lagi, ni dengan tuan punya kereta pun dia nak culik. Seramnya!

So korang semua yang dekat luar tu, lagi-lagi dekat parking kereta yang sunyi, please hati-hati ok! Admin doakan moga kita semua dilindungi dan dijauhkan segala bahaya. Amin…


Sumber: Twitter

Oh dan kalau korang nampak kereta Myvi warna putih, nombor plat WSH 6131 tolong terus buat report polis ye! Take care guys!

 

 

The Premium Thai Restaurant

The Premium Thai Restaurant

- Advertisment -

Must Read