Home Bahasa Ingatkan Liat Kunyah Pedal Ayam, Rupanya Anak Tikus Masak Kicap!

Ingatkan Liat Kunyah Pedal Ayam, Rupanya Anak Tikus Masak Kicap!

Dengan wujudnya warung-warung ditepi jalan, ianya memudahkan mereka yang mempunyai kehidupan sibuk, membeli lauk untuk sendiri malah untuk keluarga. Walaubagaimana pun, kebersihan warung-warung ini amat meragui sehingga ada yang mengalami keracunan makanan.

Seorang pemuda, Azmi Ali Mex berkongsi beberapa gambar lauk yang dibeli di sebuah warung. Rasa lapar ingin memakan lauk tersebut terbantut apabila beliau menemui anak tikus di dalam lauk yang dibelinya.

Tiada niat nak menipu atau fitnah

Spoil.. takda kejanya aku nak menipu atau fitnah,.. kedainya tak boleh bagitau.. Besok aku pegi setel baik-baik…

Tengah hari tadi aku belilah lauk kat satu warung tu….biasa memang aku beli situ… Aku beli ayam merah 2 ketul.. Ayam kicap 2 ketul…

Beria2 aku balik keje petang tadi ni nak makan…..dah makan sikit la ayam kicap ni…. Baru 2 suap… Aku makan cubit2 je ayamnya…

Bila aku amek ayamnya masuk dalam pinggan… aku ingat ada pedal warung tu masuk kan sekali… jadinya last nanti bolehlah aku layan liat-liat pedal tu..

Aku teruslah layan 2 ke 3 suap lagi sambil mata aku tengok kat piring lauk tu… Pastu aku nak tambah kuah… Aku cuit la pakai sudu… Sekali aku tengok… Anak tikus laaaaaa…

Kembang tekak

Aku pon apa lagi muntahlah! Tekak aku terus kembang… Muntah-muntah terus… Wife aku terus turun… Tanya kenape? Aku tak nak bagi tahu… Aku cakap takda apa-apa… Dia cakap ada telur lalat ke? Aku cakap ya je… Hahaha…

Besok pagi aku nak pulang balik…
Anak tikus itu… Uwekkkkkkkkkkkkk

Lepas muntah-muntah… Terus amik plastik.. Masukkan anak tikus tu dulu… Bagi menguatkan bukti beli lauk ayam… Ayam yang kat atas pinggan tu masukkan jugak dalam plastik… Sebab tu ada nasi yg putih-putih panjang tu… Beras basmati memang panjang… Lepas tu dok fikir… Baik kasi kat fb macam biasa cerita-cerita… Buka balik plastik amik gambar… Up 2 gambar… Lepas tu ada pulak yang mulut longkang cakap aku nak fitnah… Aku keluarkan masuk pinggan polistrin… Amik gambar lagi… Untuk kuatkan aku tak buat cerita atau pakai gambar orang lain… Aku letak gambar flyers baja sawit aku ada muka aku kat situ…. Aku edit masuk lagi gambar2 kukuh… Aku tak aniaya orang…

Sumber: Azmi Ali

 

 

The Premium Thai Restaurant

The Premium Thai Restaurant

- Advertisment -

Must Read