Home Bahasa ‘Kat UK, panggil sir & madam je even ada PhD’ – Wanita...

‘Kat UK, panggil sir & madam je even ada PhD’ – Wanita Ini Kata Malaysian Obses Dengan Title

Ramai dah sekarang rakyat Malaysia yang berjaya menempatkan diri di universiti baik dalam atau luar negara.

Tak kisahlah untuk sambung pengajian di peringkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana atau PhD, sebaik saja bergelar seorang penuntut universiti mesti keluarga banggalah.

Rakyat Malaysia obses gelaran?

Lagi-lagi kalau yang dah berjaya belajar sampai ke peringkat PhD, kalau boleh mak ayah mesti nak beritahu satu kampung yang anak dia dah boleh dipanggil dengan gelaran Dr. Betul tak?

Tak dapat jadi Dr. medikal, Dr. akademik pun ok jugak.

Tapi wanita ni kata rakyat Malaysia obses dengan title atau gelaran. Betul ke?

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Tak takut ke ramai orang kecam bila buat statement macam tu?

Panggilan tanda hormat

Wanita ini cakap begini sebagai respon kepada tweet yang menasihatkan adik-adik yang berada di universiti untuk memanggil pensyarah berpangkat Profesor dengan gelaran Sir atau Madam.

Bukan apa, tu kira sebagai tanda penghormatan atas jasa mereka yang dah bertungkus-lumus nak dapatkan segulung ijazah PhD tu.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Kiranya tanda penghormatan untuk dunia akademik la kan.

Ibarat kita panggil pakcik makcik dengan gelaran Pak Long, Mak Ngah atau Mak Ucu, sebagai tanda kita hormat mereka.

Budaya Asia, Eropah tak sama

Tapi kenyataan wanita ini yang merujuk title digunakan di United Kingdom tu pun ramai juga yang tak setuju. Bukan sama budaya Asia dan Eropah.

Kita makan budu, dia makan fish and chip.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Jadi, gelaran apa yang sesuai digunakan untuk memanggil mereka bergelar pensyarah sebenarnya?

Tiba-tiba rasa confused pulak. Salah ke kalau panggil Sir atau Madam? Ke lepas ni nak kena panggil Profesor jugak?

Admin pernah kena marah dengan lecturer sebab tak panggil dia Dr.

 

 

The Premium Thai Restaurant

The Premium Thai Restaurant

- Advertisment -

Must Read