Home Bahasa Katakan Tidak Untuk #TindanChallenge, Berisiko Lumpuh & Cacat Tulang

Katakan Tidak Untuk #TindanChallenge, Berisiko Lumpuh & Cacat Tulang

Jika sebelum ini viral di media sosial tarian #kekechallenge dan Tik Tok, sekarang muncul pula #tindanchallenge yang memerlukan empat atau lebih individu duduk di atas badan masing-masing. Trend ini walaubagaimanapun berisiko tinggi lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak.

Menerusi laman Public Health Malaysia, ini beberapa fakta yang anda perlu tahu mengenai kecederaan tulang belakang dalam kalangan kanak-kanak.

Respon doktor pakar rehabilisasi

NGERI!

Itu reaksi seorang doktor pakar rehabilisasi apabila melihat gambar #TindanChallenge di kongsi baru baru ini.

Ibu bapa sekalian, kanak kanak masih lagi di fasa tumbesaran, tulang dan otot mereka masih lagi berkembang, rapuh dan mudah cedera.

Bebanan di bahagian tulang belakang dan tengkuk menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat kecederaan tulang belakang dan kecederaan saraf tunjang.

Kecederaan ini juga sering berlaku apabila kanak kanak terjatuh dari tempat tinggi.

Komplikasi dari kecederaan tulang belakang menyebabkan risiko lumpuh seumur hidup. Berbaloikah mengejar gambar viral sehingga sanggup mempertaruhkan keselamatan anak anak?

Fakta mengenai kecederaan tulang

FAKTA MENGENAI KECEDERAAN TULANG BELAKANG DIKALANGAN KANAK KANAK

– Kemalangan dan JATUH merupakan antara punca utama kecederaan tulang belakang di kalangan kanak kanak.
– 20% kecederaan saraf tunjang dan tulang belakang berlaku kepada REMAJA & KANAK KANAK.
– Insiden untuk menjadi kecacatan tulang bengkok (skoliosis) akan meningkat 90% sekiranya seseorang mengalami kecederaan semasa kanak kanak.
– Kanak kanak lebih berisiko untuk LUMPUH sekiranya alami kecederaan tulang belakang.
– KOMPLIKASI bagi kanak kanak dan remaja yang mengalami kecederaan tulang belakang adalah lebih tinggi

Ibu bapa, sila ambil perhatian akan perkongsian ini, janganlah terlalu galak mengejar “like” dan “Viral” sehingga sanggup membiarkan anak anak membuat formasi merbahaya seperti ini.

Kecederaan tulang belakang bukan main main, ketika itu air mata darah sekalipun tidak akan menebus ribuan like yang anda terima

Katakan TIDAK untuk #TindanChallenge

Sumber : Public Health Malaysia

The Premium Thai Restaurant

The Premium Thai Restaurant

Subscribe To Receive Our Newsletter

Your e-mail address is only used to send you our newsletter and information about the activities of ©️viralevo.com. You can always use the unsubscribe link included in the newsletter.

- Advertisment -

Must Read