Warning: Use of undefined constant gdprsuite_mailster - assumed 'gdprsuite_mailster' (this will throw an Error in a future version of PHP) in /home/viralevo/public_html/wp-content/plugins/gdpr_suite_pro/functions.php on line 209
“Seram Nak Mati,” Pelajar ‘Solo Ambush’ Taman Tema Mimaland | Viralevo
Home Bahasa “Seram Nak Mati,” Pelajar ‘Solo Ambush’ Taman Tema Mimaland

“Seram Nak Mati,” Pelajar ‘Solo Ambush’ Taman Tema Mimaland

Pasti ramai diantara kita yang mengetahui atau pernah dengar tentang beberapa lokasi yang dikatakan ‘keras’ dan mempunyai pelbagai kisah misteri di sebaliknya.

Antara tempat yang dikatakan misteri seperti Highland Tower, Lebuhraya Karak, Amber Court Genting Highlands dan Hospital Lady Templer di Cheras.

Walaupun bukti-bukti yang kukuh tentang kejadian misteri yang berlaku di tempat ini sukar untuk dibuktikan, namun segala cerita yang tersebar pasti akan menyuntik rasa ingin tahu ke dalam diri kita.

Seorang pengguna Twitter yang bernama @badbaewoofada berkongsikan pengalamannya memasuki salah satu tempat yang dikatakan paling misteri di Malaysia iaitu Taman Tema Mimaland Gombak.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengalamannya itu, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Gambar: Google

I used to do a research on this place when I was form 6 for Sejarah subject, and you don’t want to know the rest of the it.

Oklah-oklah aku cerita. Benda ni sekadar pengalaman aku. Nak percaya atau tak, terpulang kat korang. Lagipun aku takde bukti yang kukuh like gambar or what.

Cerita ni berlaku time aku form 6. Masa tu, aku sorang je yang takde tempat nak dikaji. Memang buntu gila nak kaji mana. End up, aku jumpa tempat ni time aku tengok cerita “Mekanik”.

Persediaan sebelum pergi Mimaland

Aku curious gila dengan tempat ni. Tanya umi aku, dia jawab gitu-gitu je sebab dia first & last pergi situ time dia kecik-kecik, so dia tak ingat apa-apa. Dia recommend aku suruh tengok filem lain-lain yang berkaitan. And bertambah lagi curiousity aku.

End up, aku hantar proposal nak buat kajian kat tempat ni. Time tu aku tak tahu pun tempat ni masih wujud. Masa hantar tu, cikgu siap tanya berulang kali betul ke nak buat kat tempat ni. Aku yakin dengan diri aku sebab curiousity aku tinggi gila masa tu.

Lepas dah diluluskan, aku terus buat research, cari kat internet bagai, tapi takde satu pun bagi maklumat yang sesuai, ada pun gambar-gambar suasana kat sana, tiket-tiket, gambar pintu gerbang etc. So lepas tu baru aku pegi cari tempat tu.

Aku ajak kawan baik aku ni teman aku alang-alang dia nak buat kajian pasal Orang Asli Gombak. Dah selesai buat urusan dia, aku ajak lah pegi sana. Kitorang banyak kali jugak lah mundar mandir kat kawasan tu sebab tak jumpa tempat tu.

Tanya orang-orang kat situ, semua tanya balik aku nak buat apa kat sana. Cakap lah nak buat kajian, dorang siap tanya dah takde tempat lain ke nak buat kajian, ada yang siap marah pun. Menipu lah kalau aku cakap aku tak makin curious lepas tu.

Proses pencarian

Lepas penat mencari, datang lah dua mamat orang asli ni tanya sekian-sekian. Aku jawablah, then dorang sudi nak tunjukkan tempat tu..rupa-rupanya kitorang dah lalu kat situ dah banyak kali cuma tak perasan sebab takde signboard or apa-apa.

Ya Allah, nak naik tempat tu, kalah jalan nak ke Fraser Hill. Bukan main berlubang-lubang jalan dia. Aku risau tayar pancit je lepas tu. Time naik tu, tengok sekeliling ada rumah-rumah, pelik jugak lah, tak takut ke?

Dah separuh jalan, mamat-mamat tadi suruh teruskan je perjalanan as dia nk buat apa entah. Maybe nak lari (idk) So kami teruskan jelah.

Sampai Mimaland

Sampai situ, tempat tu dah dipagar. Like ditutup sama macam kat Highland Tower. Fun thing, ada rumah kat situ. Cantik, besar, banyak kereta. Kitorang nak tanya kat tuan rumah in case boleh aku boleh interview dorang.

Malangnya, salam aku berjawab. Kereta ada 2-3 biji, selipar berlambak, tapi macam takde orang. Ya tuhan, tahap curiousity aku bertambah do.

Kitorang pegi kat tempat tu balik, cuba bukak gate tu tapi berkunci dari dalam. Ada sign tulis “Jangan Masuk” & “Hak Persendirian”. Sempat lah jugak aku panjangkan tangan tangkap gambar kat ruang-ruang antara gate tu.

Apa yang aku dapat is gambar pintu gerbang tu. Makin berlumut berpokok-pokok bagai. Memang scary habis ah. Tapi ada kerusi kat situ and masih cantik, masih terletak. Aku syak memang tempat ni ada orang jaga lagi, bukan that terbiar macam orang cakap.

Disebabkan dah nak maghrib, kitorang terpaksa turun balik. Tapi hati aku tak sedap, rasa nak selinap masuk je.

Pergi sorang-sorang

A week after that, aku dengan gahnya pagi-pagi pergi sana balik sorang-sorang, naik bas, tumpang orang naik motor. Sampai tempat tu aku makin tak sedap hati. Demi kajian tu, aku cuba cari jalan masuk. Dari kiri pagar sampai lah ke kanan pagar, takde jalan masuk.

End up, aku bengkok sikit gate antara ruang tu, boleh untuk aku keluar masuk. Dah masuk sana, Ya Tuhan, seram nak mati baii, rasa nak keluar balik tapi gerbang tu memanggil-manggil aku masuk. Nak taknak, aku masuk lah.

Dalam mimaland

Memang hutan habis tempat tu. Aku tak nampak apa-apa bukti kewujudan benda alah ni sebab memang tertutup habis dengan pokok.. jalan jauh skit, then dah start nmpak dinasour-dinasour tu. Seram wei, dah lah nampak T-rex.

Korang boleh bayangkan macam mana aku rasa time tu time nampak dinasour-dinasour tu. Dalam internet lain do, depan-depan nampak real. Dengan lumut-lumut kat badan benda alah tu, jurassic park sngt rasa

Ada suara menjerit

Tengah seronok-seronok tangkap gambar, aku dengar ada orang jerit “ada siapa kat dalam?” Aku pun berhenti lah jalan. Aku senyap je but then dia jumpa aku. Dengan berpeluh bagai, dia tanya aku “Awak dgn siapa?” “Ada minta kebenaran?” Aku geleng je.

Then dia suruh aku ikut dia. Aku ingatkan nak tangkap ke apa, rupanya dia nak tunjukkan aku lebih lagi. Main pool, van mimaland, arcade kind-of thing tu. Time dia suruh aku ikut tu, dia senyap je. Lepas dah habis tu, baru dia cakap.

Ada yang pernah sesat

Dia risau kalau ada yang tersesat sebab ada kes sebelum ni. Aku tak tanya pulak macam mana dia tahu aku ada kat sini (sebab aku tak suka men-talk) dia cerita lagi yang dia tak kisah kalau orang nak buat apa-apa pun kat tempat ni, asalkan tak buat benda-benda lain like bakar or tebang pokok kat sini.

Aku pelik jugak lah, aku pun tak tanya lebih-lebih sebab tengah confuse plus pelik. Then, dia tunjuk kat aku arah keluar tadi. Aku tanya balik dia nak pergi mana, dia senyap je. Aku pun tak syak apa-apa lagi dah sebab dah dapat apa yang aku nak.

Keluar je situ, aku tak nampak apa-apa kenderaan yang orang tu bawak. Aku just syak orang tu orang yang kat rumah tepi tu haritu jelah. And that’s all.

Tiada apa-apa yang misteri pun actually. Cuma aku masih pelik kenapa orang Gombak (sekitar kawasan tu) tak bagi aku naik sana? Siapa orang tu sebenarnya?

Kepada yang tanya, “kata tangkap gambar, tapi takde bukti” laptop yang aku guna untuk simpan gambar tu dah rosak, so aku tak dapat trace langsung apa-apa bukti. Btw, maaf atas typo sepanjang thread pengalaman aku di MIMALAND

In conclusion, “curiosity killed the cat, but satisfaction brought it back.”

Sumber: @badbaewoof

The Premium Thai Restaurant

The Premium Thai Restaurant

Subscribe To Receive Our Newsletter

Your e-mail address is only used to send you our newsletter and information about the activities of ©️viralevo.com. You can always use the unsubscribe link included in the newsletter.

- Advertisment -

Must Read