Home Bahasa Tsunami Krakatau: Kanak-kanak 5 Tahun Selamat Lepas Terperangkap 12 Jam Bawah Sisa...

Tsunami Krakatau: Kanak-kanak 5 Tahun Selamat Lepas Terperangkap 12 Jam Bawah Sisa Runtuhan Tsunami

Indonesia sekali lagi diduga tsunami, angka korbannya masih belum habis dikira ekoran bukan satu dua kawasan dibadai ombak gergasi maha dahsyat tersebut ekoran letusan gunung berapi anak Krakatau.

Benarlah kata orang siapa kita untuk menduga ketentuannya, alam bertindak mengikut aturannya.

Terbaharu, seorang kanak-kanak berusia lima tahun ditemukan selamat oleh pasukan keselamatan sewaktu operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Menurut mirror.co.uk , kanak-kanak yang dikenali sebagai Ali tersebut berjaya ditarik keluar dari dalam sebuah kereta yang tertimbus dalam timbunan sisa runtuhan tsunami di Pantai Carita, Pandeglang, Banten..alhamdulillah 

Seorang anggota keselamatan semalam, reezaherasbudi turut memuatnaik video di Instagramnya sewaktu operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Menurut sumber, kanak-kanak tersebut telah terperangkap di dalam kenderaan itu selama 12 jam.

Keberadaan Ali disedari pasukan penyelamat selepas mereka mendengar tangisan kanak-kanak itu sebelum mereka bertindak pantas mengalihkan kayu dan sisa runtuhan lain yang menimbus kereta tersebut.

12 jam terjebak reruntuhan bangunan alhamdulillah Ali 5th dapat dievakuasi dgn selamat. Jiwa Ragaku Demi Kemanusiaan

Menurut video yang dimuat naik Reezaherasbudi semalam menunjukkan Ali menangis sewaktu diselamatkan pasukan keselamatan, namun kemudian mereka berjaya menenangkan kanak-kanak lelaki tersebut.

Bagaimanapun tidak dapat dikenalpasti sama ada terdapat individu lain dalam kereta terbabit.

Menurut sumber, setakat ini angka kematian akibat tsunami di Kepulauan Jawa dan Sumatera meningkat kepada 280 orang selepas pasukan penyelamat menemui lebih banyak mangsa ketika operasi mencari menggunakan jentera berat.

Sumber : bharian

Ratusan lagi penduduk dilaporkan cedera atau hilang, ketika tsunami melanda kawasan di sepanjang Selat Sunda, pada Sabtu lalu.

Menurut bharian lebih 3,000 penduduk yang tinggal di pesisiran pantai turut meninggalkan kediaman masing-masing dan mencari perlindungan di kawasan lebih tinggi, apabila amaran ombak besar dikeluarkan hingga esok.

Pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan dalam dan luar negara turut bertumpu di Pandeglang, iaitu kawasan yang paling teruk dilanda tsunami itu.

Pandangan atas Anak Krakatau…

Sumber : Al Jazeera

Wanita melihat sisa runtuhan rumah selepas tsunami krakatau..

Seorang lelaki pilu melihat bumbung rumah menyembah bumi…

Sumber : Google

Sama-sama kita doakan agar tiada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tsunami tersebut dan kita juga mendoakan agar lebih banyak mangsa terselamat ditemui..amin

The Premium Thai Restaurant

The Premium Thai Restaurant

- Advertisment -

Must Read