Home Bahasa Halang Laluan, Siku Side Mirror Lori Hingga Patah, Penunggang Basikal Biadap...

[VIDEO] Halang Laluan, Siku Side Mirror Lori Hingga Patah, Penunggang Basikal Biadap Terima Padah

 

Jika sebelum ini kebanyakan kes buli jalan raya melibatkan pemilik kereta sesama mereka, lain pula ceritanya dalam satu insiden di negara jiran, Singapura. Seorang penunggang basikal dirakam menunjukkan sikap kurang bertanggungjawab sehingga mendapat perhatian netizen.

Video berdurasi 1 minit 4 saat itu menimbulkan perdebatan pengguna laman sosial mengenai siapa sebenarnya yang patut dipersalahkan.

Halang laluan lori

Dimuatnaik di page Facebook Roads.sg, video berkenaan dikatakan berlaku berhampiran simpang Pasir Ris Drive 3 dan Pasir Ris Rise pada Sabtu lalu.

Video berkenaan menunjukkan 2 penunggang basikal dengan salah seorang daripadanya menunggang betul-betul di depan sebuah lori menyebabkan pemandu lori membunyikan hon kepadanya.

Selepas berhenti di satu simpang, penunggang terbabit masih tidak berganjak ke kiri apabila mula kembali mengayuh. Dia kemudian menunggang sedikit ke kiri setelah beberapa meter dan menyiku cermin sisi lori itu sehingga patah.

Dalam sekelip mata, pemandu lori menghimpit penunggang basikal sehingga terpelanting ke sisi jalan yang berumput. Seorang lagi penunggang basikal dilihat berhenti untuk menolong rakannya. Media melaporkan ambulans telah dikejarkan ke tempat kejadian namun mangsa enggan dibawa ke hospital.

Sumber: Roads.sgNew Straits Times

 

The Premium Thai Restaurant

The Premium Thai Restaurant

- Advertisment -

Must Read